Restoran Haji Sharin Low

Hari ini pi cari tudung dgn Nani di butik Qaseh Sek 7..
Abis pilih tudung perut lapar lak..
Jalan kaki dengan keadaan cuaca panas ternampaklah satu restoran yang agak unik.
Sebab unik nye, nampak tanglung macam kedai cina, tapi ramai melayu masuk makan.
Tengok sign board rupanye restoran masakan cina muslim.

Restoran Haji Sharin Low

Kami pun try la makan. Oleh kerana ramai org, kami pilih menu apa yg nampak je.
So tak dapat nak snap menu lain yang ada dalam tue.
Makanan nye best dan sgt sesuai bagi mereka yang suka masakan cina ni.
JJ cuba makan ini.

Hokkien Mee 
Yang ini menu Nani

Nasi Goreng Thai

Kawan2 apa lagi jom cube makan kat restoran ini.



Tahukah Ibu Bapa

Ingin berkongsi dari sumber Facebook member...


1. Anak tunggal selalunya lambat cakap.

2. Anak perempuan cakap banyak 3 kali daripada lelaki.

3. Bermain dengan anak-anak meningkatkan kegembiraan emosi mereka.

4. Anak lelaki suka fizikal touch dengan ayahnye. Main ultraman, pergi padang.. kalau anak lelaki tidak dapat fizikal touch, dia akan suka gaduh dengan adik beradik lain.

5. Interaksi antara ibu bapa dan anak dengan bermain, akan membina bonding antara anak dan ibu bapa.

6. Anak-anak pun stress sebab tidak boleh keluar rumah. Cuba cari masa bawa anak-anak keluar dari rumah.

7. Anak perempuan mempunyai potensi lebih besar dari sudut kemahiran berbahasa (verbal).

8. Anak lelaki mempunyai potensi yang lebih besar dari sudut kemahiran visuopatial (ruang). Asuh kelebihan ini dengan memberikan mereka peluang bersukan seperti bola sepak, menunggang basikal. 

9. Kanak-kanak yang mempunyai kemahiran membaca akan mempunyai kemahiran bertutur dan berbahasa baik.

10. Kanak-kanak yang sering berdamping rapat dengan ayah mereka, didapati lebih berdaya saing dalam banyak hal. Lebih berkeyakinan, sayangkan diri sendiri, mudah menyesuaikan diri di sekolah, kemahiran interpersonal yang baik.





♥ Doa Ketika Bayi Dalam Kandungan ♥


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


"Ya Allah, peliharakanlah anakku selama ia berada di dalam perutku dan sihatkanlah dia. Engkau yang menyembuhkan tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit."

"Ya Allah, rupakanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepadaMu dan kepada rasulMu."

"Ya Allah, keluarkan dia dari perutku dengan mudah dan selamat."

"Ya Allah, jadikanlah dia sihat yang sempurna dan berakal dan pandai, alim dan beramal."

"Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badanya dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan Hadis dengan berkat Nabi Muhammad s.a.w dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam"


Kursus Di Jb dan berjalan di Singapore

Hai Semua.........

Setelah seminggu balik dari kursus di JB, hari ini baru boleh update info...
Seronok sgt kursus kali ini, dapat pi Singapore sekali. Bak kata orang "sambil menyelam minum air"..
1st masa tinggalkan anak2 di kg hati sayu je, pastu blk Subang sementara menunggu hari kursus lg sayu jea, selalu kat umah dgr la keletah anak2 ni.. kakak gurau dgn adik..bising rumah dibuatnye, tp bile diaorang takde kat rumah sunyi jea rumah.

Tibe je hari berangkat ke tempat kursus, masa Abg hantar naik bas, lg sayu diri ini tapi nasib kawan2 yg lain belum sampai kalau tak mesti menyaksikan Akasia kami berdua.
Tengok muka Abg pun sayu je, nak kena tinggal 4 hari sorang2 kat umah..(mesti abg sayu kat uma kami bertiga tiada memeriahkan rumah kita).

Dah salam Abg dan tinggalkan pesanan kasih sayang sesama (cewahh), tunggu pula kawan2 sampai..sorang demi sorang datang.
Seronok tgk kawan2 yang dah kahwin bile nak berkursus ini, gelagat masing2 masa nak tinggalkan pasangan. Itu la kata org masa nak berpisah jauh baru rasa betapa penting dan perlunye pasangan setiap masa dalam menguruskan kehidupan bersama.

Kursus dijalankan selama 4 hari 3 malam.
Pada hari ke 3, kami semua pergi masuk Singapore.
Masing2 ada passport sendiri. (cerita bab passport ni best gak, nnt saya update kemudian)
7.30 pagi dah gerak masuk Singapore, cantikla Singapore.
Bandar nye tersusun cantik..Bersih..Displin pun ketat.
1 st tempat kami pergi Universal Studio Singapore (USS)
Siap pakej bas dari JB ke tempat2 di Singapore semuanya RM 198. (Satu bas persiaran lebih kurang 25 orang) 7.30 pagi - 9 malam
Malam pula lepak kat Marina Bay...

Kalau bab makanan, kami telah dinasihatkan untuk membawa makanan sendiri, almaklumlah makanan Singapore mahal. Masing2 ada bekalan sendiri. Cuma waktu malam kami singgah di Restoran Mamak Zam Zam. makan beriyani dan murtabak harga lebih kurang 6 Dollar/makanan (anggaran duit Malaysia RM 13).
Nasihat saya, bawalah makanan sendiri kalau nak jalan2 ke Singapore.
Dalam USS, saya ada juga berbelanja, t-shirat kanak2 utk kakak dan adik, Cap untuk Abg, magnet utk family.(anggaran 80 dollar=RM200). Dah blk Malaysia rasa rugi tak shopping byk2...huhu
Di Arab Street just beli T-shirt couple dan magnet family.(anggaran 30 dollar=RM100).

Info: Org perempuan kalau shopping selalu dahulukan anak2 dan suami, ibu bapa betapa sayang nye mereka pada insan2 ini... Betul Tak??

Malam singgah Marina bay.. pemandangan waktu malam sgt cantik...
Saya upload gbr yang cantik utk tatapan kawan2. Jgn jeles......

Inilah tempat kursus di JB.

USS sebelum masuk..

Pelancong Malaysia yang tak tahu arah tuju

Kawan2 yang sporting walaupun dah beranak pinak

Show yg paling best.. Rugi tak tgk..
Building yang cantik 



roller coster sape yg berani dipersilakn yea..


aku bersemangat naik sbb nak rasa camne yg mereka rasa.. 1st and last kot.. 

Sham dan Reza.. pandai la diaorg bergmbr..

Singapore 

Marina Bay di belakang tue, Ahmad Sakir jadi model yea.