Teringin Pulut Durian.

Sedapnya bila tengok orang post pasal Pulut Durian.
Encik Suami pun peminat Pulut Durian, jadi JJ cuba la explore cara2 nak buat dengan
tuan Google. Memang cantik sgt, dpt durian dari kampung dan mmg lg kebetulan ada terbeli beras pulut kat kg (pulut cap angsa sgt lembut) tgn pun dgn pantas mulakan projek pulut durian.


Tu dia hasil pulut durian yang simple tp sdp....


Ni santan yang telah dimasak. 


Ni pulut cap angsa lembut sgt2.. 


Kukus pulut dengan periuk nasi..Senang dan cpt..

Meh cerita resepi dia (copy paste dari Encik google)

Durian (ikut berapa byk nak makan)

Bahan Masak Pulut
1 Pulut (1 cawan basuh dan rendam 1jam) - hidangan 3 org makan
Air separuh priuk nasi (sebab kukus guna periuk nasi, kalau periuk kukus ikut la periuk 
besar mana asalkan tak sampai ke pulut tu)

Cara Masak Pulut
Letak periuk nasi yang diletakkan air didalamnya.
Letak pulut dalam loyang dan kukus dalam periuk nasi (biasanya periuk nasi sekarang disertakan sekali tempat kukus)
Tutup periuk. Dan ON kan suis ke COOK.
Biarkan masak, boleh test guna senduk kayu untuk tahu pulut tu dah masak atau tidak


Bahan Masak Santan
1 kotak santan segera (itu je yang ada dalam peti)
Sedikit Air 
Secubit Garam
3 sudu Gula 

Cara Masak Santan
Guna periuk sederhana
Masukkan Santan..
Kemudian air sikit untuk cairkan
Sedikit garam, dan gula.
Kacau perlahan dengan api yang perlahan.
Rasa.. Kalau tawar tambah gula.


Resepi mudah dan boleh dimakan santai petang2 bersama anak.
Makan panas2 sedap, untuk ketahanan santan selepas masak, letak dalam bekas tarmos 
barulah sentiasa panas.

No comments:

Post a Comment