Asma

Agak lama tak berbicara di dalam blog ini..

JJ nak share la mengenai penyakit asma. Dalam bulan ini sahaja 2 kali anak JJ dapatkan rawatan kerana sesak nafas. Pada mulanya dia hanya selsema dan demam. Tetapi menjadi pelik apabila dia batuk2 pada waktu malam. Lepas batuk je mesti muntah. JJ terus bawa dia dapatkan rawatan di klinik. Sampai je di klinik doktor check perut dan dada dia. Doktor tanya "anak puan pernah buat natbulizer tak?" saya pelik apakah itu? sebab dalam keluarga tak pernah lagi buat. Kemudian doktor bagi penjelasan bahawa kahak anak JJ kritikal, pernafasan sangkut2. Perlu buat natbulizer sebanyak 4 jam sekali untuk hari itu. 1st time guna, nasib anak JJ tak nangis, habis 4 jam sekali selama 4 kali juga pergi balik klinik, barulah anak JJ boleh bernafas dengan baik. Kahak dah kurang keluar melalui hingus atau muntah.


Seminggu kemudian dia diserang lagi pernafasan yang sukar. Terus JJ bawa ke klinik semula. Doktor pun bagitahu JJ, sekiranya tidak hilang juga kahak ini, perlu ditahan wad. Hati saya risau sangat. Tak nak la anak masuk wad, nanti macam2 doktor pasang kat badan dia. Kesian... doktor suruh buat natbulizer lagi sekali tetapi kali ini hanya 2 kali sahaja. Alhamdulillah dia dah ok. Lepas ini JJ kena banyak perhatikan dia, takut jadi semula.

Balik opiz, terus JJ google tentang ASMA.. berikut beberapa info untuk penyakit ini. Minta dijauhkan segala penyakit berbahaya. Amin...

APAKAH ASMA???

MENGHIDAP lelah atau asma bukanlah penamat bagi pesakit menikmati kehidupan aktif, cergas, bebas dan sihat terutama bagi pesakit yang mengalaminya sejak kecil lagi. Persepsi begini timbul akibat salah faham mengenai kaedah rawatan dan pencegahan yang tepat oleh ibu bapa dalam usaha untuk mencapai kawalan terhadapnya.

Asma adalah penyakit kronik paru-paru yang membabitkan masalah pernafasan yang berulang-ulang dan gejala seperti sesak nafas, pernafasan termengah-mengah, sesak dada dan batuk. Apabila asma tidak dikawal, saluran udara paru-paru menjadi tebal dan meradang menyebabkan ia sensitif terhadap pertukaran persekitaran dan cenderung kepada serangan asma.

Ramai orang dewasa dan kanak-kanak menghidap penyakit ini, malah menurut Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) hampir 300 juta masyarakat dunia dari semua peringkat umur dan latar belakang menghidap asma. Dianggarkan angka ini akan meningkat sebanyak 100 juta menjelang 2025. Malah, WHO menganggarkan kematian akibat asma akan meningkat sebanyak 20 peratus dalam masa 10 tahun jika langkah serius tidak diambil.

Hasil kajian terbaru juga menunjukkan Asia Pasifik mencatatkan tahap ketidakhadiran ke sekolah yang lebih tinggi akibat kawalan asma yang kurang memuaskan berbanding Amerika Syarikat atau Eropah.

Di Malaysia, 52 peratus daripada kanak-kanak tidak hadir ke sekolah akibat asma mereka yang disebabkan masalah seperti kegiatan fizikal, sosial dan mengalami gangguan tidur. Lebih mengejutkan, 67 peratus daripada kanak-kanak terbabit tidak menerima sebarang rawatan.

Menurut Pengerusi Majlis Asma Malaysia, Dr Norzila Mohamed Zainudin, penyakit asma semasa kecil adalah satu penyakit respiratori kronik paling lazim kerana dianggarkan seorang bagi setiap 10 kanak-kanak di Malaysia menghidap asma.

“Statistik ini amat merisaukan terutama kesan penyakit ini terhadap pertumbuhan kanak-kanak dan perkembangan mereka.

“Bagaimanapun dengan rawatan yang tepat dan pencegahan, kawalan terhadap asma boleh dicapai. Malangnya, kerana kekurangan pemahaman, ramai ibu bapa dan guru salah faham mengenai penyakit ini mengakibatkan kanak-kanak terhalang dari menyertai kegiatan semasa kecil yang normal seperti menginap di rumah rakan dan kegiatan fizikal walhal asma boleh dirawat secara efektif dan kebanyakan pesakit mampu mengawalnya dengan baik,” katanya pada majlis perasmian Kempen Asma di Sekolah bersempena Hari Asma Sedunia di Sekolah Cempaka Damansara, baru-baru ini.

Bersempena kempen itu juga, Pek Asma Sekolah (Breathe Asthma Kit) diperkenalkan khusus untuk pelajar, ibu bapa dan guru. Pek ini mengandungi maklumat berguna mengenai asma, penyebab tercetusnya asma dan pilihan rawatan, serta maklumat bantuan kecemasan tatkala diserang asma.

Dr Norzila berkata, sasaran merawat asma adalah untuk mencapai dan mengekalkan kawalan terhadap penyakit ini. Apa yang dimaksudkan dengan mengawal asma ialah pesakit tidak atau menggunakan sedikit saja ubatan penahan (reliever) dua kali atau kurang dalam seminggu; tidak terjaga malam akibat lelah; kurang mengalami simptom asma atau tiada langsung; aktiviti fizikal yang normal dan tidak terbatas; asma tidak bertambah teruk dan fungsi paru-paru hampir normal.

“Kempen asma di sekolah adalah pentas paling berkesan mendidik guru dan kakitangan sekolah bagaimana mereka boleh membantu pelajar yang menghidap asma untuk mempertingkatkan pengurusan penyakit mereka sekali gus mengubah persepsi yang salah terhadap asma.

“Kami percaya pemahaman mengenai asma amat penting untuk memberikan yang bermutu kepada kanak-kanak. Kempen asma di sekolah ini misalnya, akan menyumbang kepada perkembangan persekitaran sekolah yang lebih sihat untuk pelajar selain meningkatkan kawalan penyakit asma dan mengurangkan pesakit asma yang memasuki hospital yang dijangka mencecah 50 peratus menjelang 2015.”

Info

Gejala asma:

* Batuk (pada waktu malam atau ketika cuaca sejuk)
* Susah bernafas (sesak nafas)
* Nafas berbunyi
* Dada berasa ketat dan tegang

Cegah serangan asma:

* Peka penyebab utama asma anda
* Pastikan kediaman bebas habuk, bulu haiwan dan hama
* Jauhi perokok
* Ambil ubat pencegah sekerap mungkin
* Kerap bersenam untuk meningkatkan fungsi jantung dan paru-paru