Siakap Masak Stim

Hari ini JJ nak bercerita mengenai siakap masak stim.
JJ hanya menggunakan pemanggang ajaib semuanya menjadi mudah....
Ok jom start.

Bahan2 seperti berikut :

Ikan Siakap - 1 ekor (bersihkan dahulu dengan menggunakan air asam)
Sos Ikan - 1 sudu
Sos Tiram - 1 sudu
Tomato 2 biji - potong 4
Bawang besar - 1 labu
Bawang Putih - 2 ulas
Halia - 1 inci (potong hiris)
Cili Padi - 5 biji
Serai - 2batang
Lobak - 1 batang (potong jejari)
Air
Garam
Gula
Daun sup/daun bawang (hiris kecil2 buat hiasan)


So cara masak :

Masukkan semua bahan kecuali tomato dan daun sup/daun bawang.
Masukkan air sedikit selepas itu tutup pemanggang.
Biarkan sekejap kemudian masukkan ikan siakap serta sos ikan, sos tiram,sedikit garam dan sedikit gula.
Masukkan juga tomato. Tutup pemanggang. Biar seketika.
Apabila rasa dah ok dan ikan pun sudah masak tutup api.
Hiaskan dengan daun sup/daun bawang.
Ok boleh hidangkan.


Resepi JJ ini tidaklah terlalu susah. Just untuk makan2 bersama insan tersayang.
Kalau makan kat luar dah tentu mahal.
Anggaran kos keseluruhan : RM15