Jem ke tempat keje di Bandar.. vs di Kampung.

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Ke tempat keje di BANDAR

Hari2 ke tempat kerja menempuh jalan jem. Padahal dari rumah ke tempat kerja takla jauh mana, lebih kurang 20min sahaja masa yang diambil. Tapi disebabkan jalan jem, dari rumah ke tempat kerja makan masa lebih kurang sejam. Keluar rumah nak urus hantar anak, sorang ke rumah kak long (akk jaga zikry dari baby lagi), kemudian hantar aina ke tadika. kemudian baru ke opis.
Dah la jem, kenderaan yang ada berlumba2 nak kejar masa ke opis. Hari2 rasa macam menempuh maut atas jalan raya. Hari2 sebelum mulakan perjalanan dan sepanjang perjalanan mulut ni tak berhenti berdoa semoga perjalanan kami selamat sampai dan selamat pulang.
Husband JJ sudah dua kali ke tempat kerja accident. Dia naik motor pun tak boleh nak cilop (ntah betul ke eja), apatah lagi saya yang bawa kereta. 10sion gak asyik lewat je ke opis. Surat amaran dah berapa kali dapat. Patutla sepanjang keje kat kampus area bandar ni tak pernah dapat anugerah pekerja cemerlang (padahal komitmen keje memang terbaik).
JJ nak harapkan husband yang uruskan anak tak boleh, sebab dia naik moto. Bahaya dalam keadaan jalanraya bandar bawa budak kecil.
Ni tengah memikirkan camne la nak hadapi untuk tahun 2015, anak dh sekolah darjah 1. Kena masuk awal.
Ermm ..........???

Ke tempat keje di KAMPUNG

JJ dah pernah berkhidmat di kampus area kampung.
Berbeza sangat.. pergi keje 7.45 pagi baru keluar rumah. Siap boleh hantar anak ke rumah pengasuh.
Drive tak payah laju2, relax sambil menikmati pemandangan pantai (masa berkhidmat di terengganu) dan kelapa sawit dan getah (masa berkhidmat di johor). Anugerah pekerja cemerlang pun dapat (TQ bos di kampus johor mencalonkan nama saya). Rindu la saat2 berkhidmat di kampus area kampung. Tapi segala dirancang tak semestinya menjadi, mohon tukar kampus area bandar atas sebab husband tukar keje. Mungkin ada hikmah disebaliknya.

Kalau diberi pilihan memang nak pindah ke kampus area kampung. Nak tahu sebab? nantikan entri seterusnya.


No comments:

Post a Comment