Biskut Oat Coklat.. Nyam..Nyam




Macam sedap jea macam best jea..
Teringat kat mmbr yang hidangkan biskut oat coklat.
Memang mkn terasa sgtla ranggup dan sedap.
Kes nak buat ni sebab anak suka masak2.
Check kat dapur ada bahan, jd ON la projek biskut ni.


Bahan2 Biskut Oat Coklat

1 cawan mentega
1 cawan gula pasirhalus
1 cawan gula perang
1 sudu kecil bikarbonat
2 cawan tepung gandum
2 1/2 cawan oat - dikisar halus
1 cawan sebuk koko
1 sudu kecil serbuk penaik
1/2 sudu kecil garam
2 biji telur gred A
sedikit esen vanila
1 cawan oat - untuk salut

Cara membuat

Satukan tepung, oat, serbuk koko, garam, soda bikarbonat dan serbuk penaik kedalam mangkuk dan gaul rata.

Pukul mentega, dan gula sehingga kembang. Kemudian masukkan telur dan esen vanila. Pukul lagi.

Masukkan bahan2 kering tadi sedikit demi sedikit ke dalam adunan dan gaul rata sehingga mejadi doh.

Bentuk biskut mengikut bentuk kegemaran dan golekkan ke dalam kepingan oat.

Bakar pada suhu 180 C selama 15 min atau sehingga masak.

Tapi kena sentiasa tgk sebab biskut ni cpt masak takut terlalu masak jadi pahit lak..


Bahan2 yanng telah dicampurkan sehingga menjadi doh.


Tue dia dalam bekas.. dapat 1 tong jadila untuk makan2 sambil tengok movie.

Teringin Pulut Durian.

Sedapnya bila tengok orang post pasal Pulut Durian.
Encik Suami pun peminat Pulut Durian, jadi JJ cuba la explore cara2 nak buat dengan
tuan Google. Memang cantik sgt, dpt durian dari kampung dan mmg lg kebetulan ada terbeli beras pulut kat kg (pulut cap angsa sgt lembut) tgn pun dgn pantas mulakan projek pulut durian.


Tu dia hasil pulut durian yang simple tp sdp....


Ni santan yang telah dimasak. 


Ni pulut cap angsa lembut sgt2.. 


Kukus pulut dengan periuk nasi..Senang dan cpt..

Meh cerita resepi dia (copy paste dari Encik google)

Durian (ikut berapa byk nak makan)

Bahan Masak Pulut
1 Pulut (1 cawan basuh dan rendam 1jam) - hidangan 3 org makan
Air separuh priuk nasi (sebab kukus guna periuk nasi, kalau periuk kukus ikut la periuk 
besar mana asalkan tak sampai ke pulut tu)

Cara Masak Pulut
Letak periuk nasi yang diletakkan air didalamnya.
Letak pulut dalam loyang dan kukus dalam periuk nasi (biasanya periuk nasi sekarang disertakan sekali tempat kukus)
Tutup periuk. Dan ON kan suis ke COOK.
Biarkan masak, boleh test guna senduk kayu untuk tahu pulut tu dah masak atau tidak


Bahan Masak Santan
1 kotak santan segera (itu je yang ada dalam peti)
Sedikit Air 
Secubit Garam
3 sudu Gula 

Cara Masak Santan
Guna periuk sederhana
Masukkan Santan..
Kemudian air sikit untuk cairkan
Sedikit garam, dan gula.
Kacau perlahan dengan api yang perlahan.
Rasa.. Kalau tawar tambah gula.


Resepi mudah dan boleh dimakan santai petang2 bersama anak.
Makan panas2 sedap, untuk ketahanan santan selepas masak, letak dalam bekas tarmos 
barulah sentiasa panas.