Tips Untuk Anak Yang Demam, Selsema, Batuk

Anak JJ dalam masa 2 minggu suhu badan dia naik turun naik turun..
Risau lak dengan keadaan dia..
Tapi aktif, makan pun nak, minum susu pun nak.
Tapi masih risau juga walaupun umur dia dah masuk 1bulan setengah.
Oleh kerana risau sangat, JJ cuba google tips yang terbaik untuk anak.
Berikut beberapa info dan tips yang boleh digunapakai oleh semua ibu2 dan bapa2 yang sedang melanda kerisauan seperti JJ.

Anak anda Demam? Selesema? Batuk?

Jika anak demam...pastikan anak itu dimandikan 3 kali sehari supaya panasnya keluar. Memang betul pun dalam Sains ada topik kenapa air panas dalam cawan teh akan sejuk dalam beberapa minit? 

Ini kerana haba panas akan bergerak keluar mencari kawasan sejuk.... samalah dengan suhu badan yang panas tadi.

Bila selsema ...tetap mandikan 3 kali sehari...supaya bila selepas mandi, lendir itu akan mudah keluar. 

Namun sayangnya ramai ibu2 hari ini ingat jika selsema anak sejuk maka jangan mandikan. 

Apabila ini berlaku.... anak mudah berkahak sehingga sesak nafas.

Batuk....tetap mandikan 3 kali supaya panasnya keluar....

dan bila tidur malam, sapukan minyak telon atau minyak burung unta dibelakang badan anak dalam jam antara 1-3 pagi, 

insyaALLAH kahaknya cepat beransur baik. Jika minyak terlalu panas, campurkan sedikit dengan minyak kelapa atau minyak zaitun sebelum di urut pada badan anak. 

(Tips dari Doktor Fairuz: bila kahak die dah longgar tepuk belakang anak setiap kali die batuk. Takpe die muntah lebih baik, jadi semua lendir2 tu keluar)

Waktu mandi yang sesuai untuk anak ialah jam 8 pagi, selepas zohor dan sebelum jam 7 malam. 

Jika terpaksa mandikan selepas jam 7 malam, mandikan dengan air suam dan sapukan minyak panas selepas mandi supaya dada tidak mudah sejuk dan diserang selsema.

Biasakan selepas mandi, sapukan minyak panas pada ubun2 anak, belakang telinga, tapak tanga, dada dan belakang dada serta betis dan tapak kaki. 

Ini membantu melancarkan peredaran darah anak juga secara tidak langsung.


Info dari petikan Berita Harian ruangan Famili

BULAN lalu, negara dilanda kemarau tapi bulan ini, hujan turun mendatangkan kerisauan kepada ibu yang memiliki anak kecil. Bukan risau mereka bermain hujan kerana saya pasti, anak-anak zaman sekarang sudah tidak betah melompat-lompat dan menikmati keseronokan mandi hujan seperti sering saya lakukan ketika kecil. 

Apa yang paling dirisaukan ibu bapa adalah suhu panas pada siang hari dan hujan menjelang petang menyebabkan ramai anak kecil mengalami demam diikuti batuk dan selsema. 
Lebih sukar bagi ibu bapa yang bekerjaya kerana apabila si kecil demam, mereka pasti akan merengek dan tidak mahu berenggang dengan ibunya sehingga memaksa si ibu mengambil cuti. 

Ibu terutama yang memiliki bayi kecil juga pastinya panik jika suhu badan anak naik mendadak melebihi suhu normal iaitu 37 darjah Celsius (suhu demam jika melebihi 37.5 Celsius). Tapi perlu diingatkan bahawa demam adalah mekanisme pertahanan tubuh si kecil terhadap serangan bakteria dan virus. 

Justeru, usah bingung jika si kecil anda demam, tapi masih aktif bermain, mahu makan dan minum. Seeloknya, biarkan saja tubuhnya bekerja secara normal tanpa memberikannya ubat penurun suhu. 

Tapi ibu-ibu perlu berwaspada jika suhu badan si kecil naik mendadak menjadi 38 darjah Celsius atau lebih, atau meningkat terus di dalam beberapa jam kerana dikhuatiri akan berlaku jangkitan yang lebih teruk dan tubuh tidak dapat mengatasinya tanpa bantuan ubat-ubatan. 

Teringat ketika kecil dulu, jika demam badan akan menggigil kesejukan, sendi dan urat saraf terasa lenguh, dan baju sejuk juga selimut tebal pasti menjadi teman dengan harapan demam cepat reda. 
Tapi tahukah anda bahawa badan kita mempunyai dua jenis suhu iaitu suhu permukaan kulit dan suhu dalam badan. Untuk kekal sihat dan normal, kedua-dua suhu ini harus seimbang. 

Apabila demam, suhu permukaan kulit akan bertambah, manakala suhu di dalam badan akan turun justeru perkara pertama yang harus anda lakukan terhadap bayi kecil jika dia demam adalah dengan memakaikan baju yang tipis, nyaman dan menyerap peluh. Hindari baju tebal atau selimut tebal sama sekali. 

Berikan susu lebih kerap dan jika usianya sudah meningkat, boleh ditambah air putih, sup ayam, sup sayur atau jus buah bagi mencegah terjadinya dehidrasi akibat suhu badan yang meningkat. 

Tempatkan si kecil di ruang yang memiliki peredaran udara yang baik. Jika bayi mulai tidak selesa dan merengek kerana badannya panas, lucutkan pakaiannya dan kemudian lapkan tubuh dengan menggunakan kain yang dibasahi air hangat. 
Jika perlu, mandikan bayi dengan air dan elakkan menggunakan air dingin kerana ia akan membuatkan bayi tambah lesu. 

Maklumat menarik yang saya baca di Internet adalah kaedah dukungan kanggaru atau baby wearing dikatakan mampu menurunkan suhu tinggi anak hasil sentuhan kulit dengan ibu yang bersuhu normal. 

Penulis simpulkan sentuhan penuh kasih sayang daripada ibu sebenarnya mempunyai kesan dari sudut psikologi dan ibu sekalian, apa kata jika anda cari kain batik yang sudah lama terbiar dan cuba kaedah kendongan bagi melihat kesan kendongan terhadap bayi anda yang sedang demam. 

INFO: Petua mudah merawat bayi yang demam 

Selain ubat diberikan doktor, ibu bapa juga boleh mencuba kaedah diamalkan orang lama bagi meredakan demam si kecil. 

Mengurangkan panas badan dengan air asam jawa 

Ambil sebuku asam jawa, ramas dengan sedikit air. Setelah pekat, sapukan air ramasan asam jawa pada ubun-ubun dan seluruh kepala. Biarkan sehingga lumuran tadi kering di kepala. Anda akan dapati, panas badan bayi akan berkurangan. Buat beberapa kali dalam sehari. 

Mengurangkan panas badan dengan beras pulut 

Ambil segenggam beras pulut dan digoreng tanpa minyak seperti anda membuat kerisik. Goreng sehingga beras pulut tadi berwarna kekuningan. 

Kemudian ambil sedikit beras pulut yang telah digoreng tadi dan campurkan dengan secawan air panas. Tunggu air tadi suam dan ditapis. Beri bayi anda minum air itu. Lebihan beras tadi boleh dicampur ke dalam air panas dan dibuat mandian.

Yang Penting doa dari ibu bapa untuk kesihatan anak2...

2 comments:

  1. Rasanya ade update entry psl ni jugak aritu. Alhamdulillah..kita berusaha mencari jln yg terbaik utk anak2 kita

    ReplyDelete
    Replies
    1. btl la sue skrg ni mcm2 kan.. kita berusaha la utk mereka k..

      Delete